Tuesday, March 13, 2012

assalamualaikum..tiba-tiba aku teringat tentang sesuatu..selama ni aku selalu je thinking negatif terhadap seseorang..kadang2 apa yang aku fikir tu betol dan ada jugak yang kurang betul nya...bila aku fikir balik, aku harus pandang satu kebaikan seseorang tu even terdapat seribu kejahatan dalam diri dia..

baru-baru ni sesuatu dah berlaku dengan diri aku ni.. rasa lost sangat.. rasa macam tak dihargai.. rasa macam tunggul.. rasa macam2 la.. sampai tak tahu nak rasa apa lagi.. bila ditanya dan diselidik, baru aku tahu penyebabnya.. selalunya kita ni kena la sentiasa alert dengan keadaan sekeliling.. xperlu la smpai nak busy body cukuplah setakat ambil tahu sikit2 je kan... sekurang2 nya kita tahu apa yang berlaku di sekeliling kita.. jadi, bila dah tahu penyebabnya, aku ambil keputusan untuk tidak ambil tahu dah.. kalau asyik dengar apa yang orang cakap, smpai bila la hidup ni nak maju.. kadang2 pendapat orang lain tu memang penting tapi bila kita rasa benda tu boleh memudaratkan diri kita, lebih elok lah kita jangan ambil serius sangat.. kadang2 orang yang menasihat tu tak semestinya dia tahu apa yang kita rasa.. begitu jugak dengan aku... selama ni aku dok nasihat orang kononnya tapi tak semestinya aku mampu meletakkan diri aku ditempat seseorang tu...

baru-baru ni juga aku rasa tahap kesabaran aku dah smpai kemuncaknya.. kita tunggu dan lihat je,, sejauh mana aku masih mampu bertahan.. memang tak dapat dinafikan aku ni memang sangat panas baran orang nya.. tapi sejak beberapa tahun ni agak kurang sikitla... so, jangan lah smpai aku jadi macam dulu smpai semua orang tak tahan dengan perangai aku ni..

bila dah jadi macam tu nanti aku gerenti makin ramai lah orang yang dok ngumpat dan benci kat aku..haha... aku xkisah sangat sebenarnya.. cuma aku tak nak la kumpul rmai musuh.. betol tak? susah hidup nanti...kekeke..

p/s: pengajaran untuk hari ni.. please think POSITIVE yea tieya...peace:)

1 comment:

nysAh ngEhz said...

wahhh panas baran ke dulu? hahahah