Saturday, November 16, 2013

Comel

Assalamualaikum..

Dekat sini aku nak berkongsi sikitlah gambar anak sedara kesayanganaku.. Tak payah nak cerita banyak2, just tengok je gambar kat bawah ye...





Kesian Afrina.. Mengantuk sangat..



Alooloo...Umi tak bagi syg makan ea..Hehe..


Habis semua benda si kecik ni nak gigit..


Sakitla gusi tu syg.. 


Nak pinjam mata yg bulat tu boleh? Hehe..


Tengok muka Abi masam.. Tengok muka Afrina senyum..


Boleh acik tumpang tak Afrina?Muat lagi kat belakang tu..Hahaha..



Hari ni si kecik ni ada balik umah mak ayah aku..memang habis lah pipi pau dia aku cium..Hahaha..

Friday, July 12, 2013

3 Tahun?

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.Berakhir sudah kehidupan aku sebagai mahasiswi di sebuah Universiti di Shah Alam.Cewahhhh.. Macam ayat novel tu..Hehehe.. Macam tak sangka pulak 3 tahun dah berlalu.. Rasa masa baru je lagi aku mendaftar dengan kawan2dulu... Masing2 time tu excited sangat sebab dalam geng kami 4 orang dapat 1 universiti... Kiranya legalah. Tak lah rasa terkontang kanting sangat. Yelah nak berdepan dengan orang tak kenal ni, susah jugak hati ni.Nak2 bagi aku yang tak berapa nak pandai bergaul sangat ni. Tapi kalo dengan orang yang dah rapat memang tak boleh duduk diam la mulut aku ni.Ada je benda nak bercerita. KehKehKeh.. Mungkin ada antara kengkawan aku yang dah bosan dengar aku ni bercakap. Bila dah bercerita tu, kalo tak gelak kuat2 memang bukan aku la tu. Dari jauh orang memang kenal aku punya gelak..Hahaha.. Tak boleh nak buat apa lah.. Dah aku memang jenis gelak gitu.. Tak pandai sangat nak cover gelak ni.. Hehehe..

Dah melencong ke cerita pasal gelak aku pulak.. Padahal aku nak bercerita benda lain tadi.. Ok berbalik kepada cerita aku tadi.. Kehidupan sebagai student U ni banyak cabaran nya. Dengan masalah study, kengkawan lagi, boypren lagi... Eh!!Cop!Cop!yang tu tak termasuk dalam masalah yang rumit ye.. Hehe.. Memang susah aku nak adapt dengan kehidupan macam tu.. Tapi lama2 aku dah biasa.. Sampai sekarang tak sampai sebulan meninggalkan kolej, aku dah mula merindui kengkawan, rumate aku yang dulu.. 

Walaupun aku ni tak tergolong dalam kalangan mereka yang cerdik pandai tapi aku tetap bersyukur diberi peluang sambung belajar.. Yela..Bukan sume orang bernasib baik dapat masuk U.. Rezeki aku, setelah bertungkus lumus ambik STPM kan.. Tapi di sudut hati aku tetap berasa cemburu dengan kengkawan yang lain.. Cemburu aku tak ada lah sampai nak buat khianat ke apa.. Cemburu aku tu aku jadikan sebagai oppurtunity untuk aku meningkatkan prestasi aku.. Alhamdulillah walaupon tak secemerlang orang lain, aku tetap berpuas hati dengan prestasi aku.. Sekurang2 nya aku berusaha sedaya upayakan.. Cewahhh!! Berusaha la sangatkan..Hahaha..

Rasa macam mengarut je lebih ni..Sebenarnya tak tahu nak tulis apa..Yelah aku ni tak ada bakat pon sebagai penulis tapi  cita2 aku memag nak jadik penulis novel dari kecil lagi.. Tunggulah lepas ni kot2 aku ada masa lapang nak meulis cerpen ke novel ke.. Kalau ada masa lapang lah.. Hehe..Okla..Rasa nya macam nak tulis tu je.. Chow dulu.. Daaaaaaaaaa..Sayonara..HEHEHEHE..

Saturday, May 25, 2013

Orang Baru

Khayla Afrina Ahmad Zakiran...

Thursday, May 9, 2013

CHUBBY???

Assalamualaikum...

okay.. memang dah lama aku tak menulis..mengarut kat sini sampaikan aku pon tak tahu apa yg patut aku tulis..kahkah..but sebenarnya aku ingin berkongsi satu rasa..rasa DOWN..

tau tak kenapa aku rasa DOWN?? for sure korg tak tau sebab aku tak bgtau lg kan?hehe.. lately, semua org dok tegur cakap aku skang dah makin gemuk atau lebih sedap sikit bunyi nya chubby..okay..tu memang aku akui tapi jangan lah dok sound aku depan org kot...aku pon ada perasaan jugak..memang lah depan korang aku akan buat muka ceria je tanpa tunjuk yg aku terasa hati tapi dalam hati aku, hanya Allah je yg tau betapalah sakitnya..

Bukan aku mintak nak jadi chubby ke ape.. ingat aku tak cuba berdiet ke?... dah puas kot..macam macam cara aku cuba just tak ada la aku dok ambik ubat kurus ke herbalife..yg tu semua aku memang tak mampu..yg aku buat kurgkan makan nasik, minum air masak banyak banyak...exercise ada lah sikit tapi jarangla.. ikut mood jugak.. tulah disebabkan ikot mood tu lah sampai skang berat tak turun turun..haha..

oklaah malas dah nak mengarut tapi aku nak tanya pendapat..ada sesape tak boleh bagi tips mcam mana nakkurus?hahaha...





Sunday, March 17, 2013

Space U8 to Giant

Assalamualaikum..

Tiba2 kan malam ni terasa macam nak menghapdate sesuatu..Mula2 pikir rasa macam malas nak menulis bagai tapi bila terkenangkan otak pon tengah penat nak mengadap article ni, jadi aku pon mulalahh merangka2 ayat untuk disebarkan kat dalam blog ni...hahaha..

Seyesly, memang tak boleh bla punya ayat.."disebarkan"..macam virus pulak padahal just nak share je apa yang berlaku hari ini..

Pada asalnya aku nak pegi klinik lah konon sebab beberapa hari ni, aku ada masalah kesihatan sikit..(biarlah rahsia sakit apa kan)..hehe.. Tapi tiba hari kejadian, aku ubah fikiran, then aku pon join lah adik2 kesayangan aku pegi melayan "LAWAK KE DER 2" kat Space U8.. Memang terbaik lah cerita tu sampai orang tak kering gusi gelak..

Haish..Yang paling kesian adik umah aku si Fatien la..Ye lah duduk sebelah aku, terpaksa jadi mangsa kekejaman tangan aku..Dah memang habit aku ni jenis bila nak gelak ke apa, siap boleh tampar2 tangan ke lengan orang.. Nasib baik beliau jenis tak marah..Kalau tak, haru jugak lah aku nak minta maaf kan..hehe..

Ok lah, aku malas nak tulis panjang berjela2.. So aku dengan senang hati nak mengupload beberapa gambar untuk dijadikan sebagai eviden..Haha...(cewahhh)

~sempat lg pose time tunggu bas~


~penat berdiri,duduk pulak~


~muka kekenyangan lepas makan~


~semua semangat nak masuk frame..hehe..~


ok tamat sudah..Lain kali aku cerita lagi ea...wassalam...








Tuesday, March 12, 2013

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum...

Actually hari ni aku memang sangat bosan tahap petala kelapan.. Almaklumlah..Kelas petang ni lecturer aku dengan senang hatinya menukarkan waktu kelas ke hari khamis..So secara automatik nya hari ni aku free sepanjang hari.. Apa lagi, dengan rasa happy yang tak tahu macam mana nak ungkapkan aku pon terbongkang semula atas katil lepas solat Subuh pagi tadi..Kalau ikotkan memang lah tak baik kan tidur lepas Subuh ni tapinya nak buat macam mana kan, aku dikategorikan sebagai awek yang memang kuat tidur..haha..Nasiblah janji aku bahagia dengan diri aku kan..





Jadi, bagi memenuhi masa lapang aku yang teramatlah lapang ni, aku pon menghapdate la blog a.k.a diari perasaan aku ni..Saja je..padahal orang lain memang tak boleh nak baca pon sebab aku private kan..Haha..Aku bukan apa,actually aku tak berapa seronok sangat lah kalau orang tahu apa isi hati aku atau pon masalah jiwa yang aku sedang sembunyikan ni.. (padahal kalau tak nak orang tahu, tak payah hapdate kan..haha) Ala..aku hapdate ni pon sebabnya aku dah kata tadi kan, aku nak memenuhi masa lapang..Alaa..lagipon ni kan awal sem lagi..Memang xde esaimen lagi..Tunggu lah minggu depan, hah!!Baru tau kan betapa banyak nya kerja yang perlu aku setelkan...

Aku sebenarnya nak tahu apa tanda2 yang kita ni dah bosan dalam menjalinkan hubungan dengan seseorang tu..Bukan hubungan antara kawan2 tapi hubungan antara kekasih..Haha..Ceh!!Aku bukan lah bosan tapi kan makin lama aku kenal dengan seseorang tu, makin aku tak kenal dengan perangai dia..Kadang2 aku rasa dia macam lain, kadang2 aku rasa dia lain..Haishh..entahlah..Yang pasti memang kena banyak sabar..Nak2 bagi mereka yang dah pon berkawan lebih 5 tahun..Bukan apa, disebabkan semua cite dah dikongsi, maka nya smapai dah tak tahu apa lagi yang nakdikongsi kan..Lain pulak lah kalau orang yang bercinta selepas nikah tu..Yela bagi mereka yang bercinta selepas nikah tu best sebab time tu lah baru nak berjinak2 dengan cinta ni..Baru nak berkongsi bagai..Seronoknya la kan..

Oklah kan..Aku pon dah macam malas nak menulis...Jadinya, aku nak stop menulis tulis..Pen off!!Wassalam..




Thursday, February 28, 2013

Petua Imam Syafie


Mari Share Petua Imam As Syafie..:)

4 PERKARA UNTUK SIHAT 

Empat perkara menguatkan badan 
1. makan daging 
2. memakai haruman 
3. kerap mandi 
4. berpakaian dari kapas 

Empat perkara melemahkan badan 
1. banyak berkelamin (bersetubuh) 
2. selalu cemas 
3. banyak minum air ketika makan 
4. banyak makan bahan yang masam 

Empat perkara menajamkan mata 
1. duduk mengadap kiblat 
2. bercelak sebelum tidur 
3. memandang yang hijau 
4. berpakaian bersih 

Empat perkara merosakan mata 
1. memandang najis 
2. melihat orang dibunuh 
3. melihat kemaluan 
4. membelakangi kiblat 

Empat perkara menajamkan fikiran 
1. tidak banyak berbual kosong 
2. rajin bersugi (gosok gigi) 
3. bercakap dengan orang soleh 
4. bergaul dengan para ulama 

4 CARA TIDUR 

1. TIDUR PARA NABI 
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi. 

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH 
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam. 

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA 
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan. 

4. TIDUR SYAITAN 
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka..