Sunday, October 30, 2011

Aku Bukan Hebat

Aku bukan hebat..
tapi tolong la jangan pandang rendah 
dengan kebolehan aku..

ko buat seolah2 aku xde fungsi..
kalo xsuke, ckap xsuke,,,
xperlu buat aku mcm ni...
aku pon xsanggup tanggung  lg semua ni..
hnya sbb xjalankan amanah dgn baik..
kalo ko rse ko hebat, gantikan tmpat aku...
 aku rela berundur diri..

aku begini bukan kehendak aku sendiri..
kalo x dipikirkan tanggungjawab, 
aku pon xwujud lg..
msti ko hepy kan...
yela sbb mampu mempengaruhi org untuk membenci aku..
aku sungguh xsangke...
ko begitu org nya...
sanggup menabur fitnah dan onar hanya untuk kepntingan diri sendiri..

manusia.. bila baik dipijak kpale,
bila tegas dibenci2..
ntah bagaimana lah baru ko nak diam kan..huhuhu...

Wednesday, October 26, 2011

KECEWA?

kecewa ke? ntahlah..
y pasti aku sdih sbb aku telah melukakan hati org lain..
bkan senang nk jge hati org..
sedangkan hati sndri pon x tjge..
tapi,,,

seriously aku rse mcm tnsion n xtenang hati..
betul kte pepatah,,
disebabkan mulut badan binase..

2la..niat asalnya nak bergurau snda tapi disalah erti oleh tuan empunya diri..
bila memohon maaf tapi maaf x dismbut dgn baik..
diam seribu bahasa tanpa apa2 balasan..
susah untuk memujuk hati yang terluka..
hanya disebabkan lidah yang tak bertulang ini..
...................................

Friday, October 7, 2011

Perginya Tanpa Dipinta

Alfatihah buat ayah de yang telah kembali ke rahmatullah pgi tadi..
Pergimu tanpa tanda...
Serius pagi tadi memg terkejut..
Bila dapat msg. mte rse berpinar2...
Nseb baik sempat menormalkan semula diri..

Rse mcm baru lg jmpe beliau raya hari tu..
Mke nye tetap ceria mcm dulu...
sungguh xsangke, tu lah Syawal terakhir kami bertemu..

Walaupon aku xleyh nak terima smue ini tapi aku harus juga terima..
sbb semua ini ketentuan Allah...
Kita manusia biase xmampu nak halang..
Allah lebih sygkan Arwah...
Mge Arwah ditempatkan dalam kalangan org2 y beriman..


Kita yang masih hidup ni, 
belum tau lg msenye..
ntah esok,
ntahkan luse..
Semua 2 dah ditetapkan..

Ni lah kenangan arwah bersama adik beradiknya buat kali terakhir..


Mak Cu, Ayahanda Tercinta, Mak Teh, Arwah Ayah De, Dan Mek Tam



Mak Teh, Ayahanda Tercinta, Arwah Ayah De, dan Mek Tam


Ayahanda Tercinta dan Arwah Ayah De


Semua kenangan ini akan aku sematkan dalam hati..


Wednesday, October 5, 2011

Pesanan Untuk Orang Cantik..

Pesanan Untuk Orang Cantik

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan
kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali
Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya
tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan
bermacam-macam perkara lagi.

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik,
terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik
dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah
berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut
kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini,
mempertikai itu ini.


 Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada
pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda
buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka
kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.
Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai
cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda
semulajadinya buruk.

Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat
dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti
tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka. Bukankah
rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh
terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang
manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh
berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di
Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik
selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa
riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah
s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa
kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak
terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja
mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia
sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandangan
ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH.
Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa
paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.

Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu
hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri
anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!

Petikan karya Motivasi: Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj (siri:160)
" Orang yang bijaksana membuat lebih banyak kesempatan dpd yang
dijumpainya



" Rasa insaf dengan petikan ini.. InsyaAllah, akan cuba untuk bersyukur dengan apa yang ada"..