Monday, July 11, 2011

6 Pesanan Untuk Wanita


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. 

Disini kme nak berkongsi satu info tentang wanita: 

Dilampirkan 6 pesanan khas untuk kaum Hawa, juga tidak ketinggalan secara umumnya untuk kaum Adam. Sama-sama kita amalkan, insya Allah:-  

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun dan tidak dapat solat, duduklah di atas tikar sembahyang supaya anak-anak tidak lihat si ibu yang diharamkan mendirikan solat dalam tempoh tersebut.

2. Hidupkan bacaan hadith Nabi SAW di rumah dengan keluarga. Dianjur baca hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah  zaman Nabi SAW sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.  

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya sepotong ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan  mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya  Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab-Mu pada hari  ini."  

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar  anak-anak dari kecil bermula dengan  doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi  saw seperti doa tidur, bangun tidur,  makan dan sebagainya.  

5. Hidup sederhana dengan tidak  membebankan suami. Setiap hari malaikat  akan menghantar 500 jambangan bunga  dari syurga untuk wanita yg hidup  sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas  wanita tersebut.  

6. Galak suami untuk bermujahadah atas  Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat  berjemaah di masjid akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri. 

**Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini  bermanfaat. Semoga kita sama2 menghayati info ini...Muzakarahlah bersama teman  wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak  amalkan.  Moga kita diberkati-Nya sokmo, Amin....

Wassalam  


Friday, July 8, 2011

Pengalaman Berniaga

Assalamualaikum... Starting hari Isnin hingga lah ke hari ini, kme diminta untuk menggantikan tmpat kak teh kme berniaga.. Mula2 memang lah x nak sebab kme kna naik KL.. Sumer 2 memerlukan duet.. Ingatkan nak lah saving sebab ada "barang" yang kme nak beli sangat2.. hehehe.. Sebenarnya kme datang KL ni bukan setakat menolong tapi turut diberi upah.. alhamdulillah.. sekurang2 nya lepas lah kme nak beli baju raya tahun ni :-) Sekarang kme nak tunjukkan antara masakan yang telah dimasak oleh kakak saudara kme iaitu PUAN NORIHAN KASSIM.. Ni antara contoh masakan yang ada di gerai kakak saudara kme..

                                           
Picture 1: Ikan Patin Masak Tempoyak                                        


picture 2: Ayam Goreng Berempah


picture 3: Ikan Keli Salai 

Ni baru gambar yang kme tunjukkan,,, kalau anda semua datang,lihat dan rasa sendiri masakan ini, komfirm nak rasa lagi.. sebab lauk pauk ni sangat lah best.... Yang paling special bagi kme, ikan patin masak tempoyak 2...hehehe...



Thursday, July 7, 2011

Keistimewaan Wanita

Hari ni tiba2 tergerak hati kme nak baca artikel yang akak kme bg... Tajuk dia, "Keistimewaan Wanita". ble dah tengok tajuk rasa macam best sebab walaupun kme ni perempuan tapi masih banyak lg yang kme ingin tahu tentang perempuan ni.. hehehe.. Kat bawah ni kme ade lampirkan serba sedikit tentang keistimewaan perempuan:

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki
kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada
lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW
akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang yang
penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik
daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang
sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan
orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan
api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya
akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di
dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang
makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan
kepada keluarganya) maka pahalanya seperti
melakukan amalan bersedekah.Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak
perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak
Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak
perempuan atau tiga saudara perempuan atau
dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka
dengan penuh rasa takwa serta sikap
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang
ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu
terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang
diuji dengan sesuatu daripada anak-anak
perempuannya lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang
baginya daripada api neraka.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada
suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan
terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-
mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak
dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka
semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat
di langit, matahari dan bulan semua beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya
serta menjaga solat dan puasanya.


12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada
Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita?" Jawab Rasulullah
SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap
lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."


13. Perempuan apabila sembahyang lima
waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara
kehormatannya serta kepada suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang
dikehendaki.


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya
dalam urusan agama, maka Allah SWT
memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu
daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya,maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT
mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000
kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000
kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit
hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan
baginya pahala orang yang berjihad pada jalan
Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan
anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti
keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka
bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya
diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur
dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah
SWT memberinya pahala seperti memerdekakan
70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela
agama Allah SWT.

Wednesday, July 6, 2011

DOWN!!

malam ni tbe2 kme teringat pasal mase depan... secara jujur nye bile teringat tentang mase depan,msti kme asyik pkirkan pasal result.. 

tadi kme ade terbace blog mber kme,,,sdeyh dan rase jeles... nak tau knape?? 

sebab:
1) result die meningkat lg untuk sem ni..
2) kme terkilan sebab kme x serajin die..
3) kme dah hampakan harapan mak ayah kme..

kme slalu terpikir, knape kme x sepandai orang lain? bile dinilai dari pelbagai aspek, kme patut bersyukur sebab masih diberi pluang untuk belajar...terdapat golongan yang kurang bernasib baik kat luar sana.. 

xpela.. walau papepon, kme kena lebih berusaha... biarlah orang pandang rendah dengan kebolehan kme.. mungkin ini ujian untuk kme,,, kalo ALLAH kurniakan result yang cemrlang, takut nanti akan timbul rase riak dan takbur dalam dri.. bile kme diberi ujian macam ni, sekurang2 nya, pada masa akan datang kme akan lebih berusaha dan bersungguh2... ok lah.. kme rase setakat ni dulu,,, bye2..