Monday, July 11, 2011

6 Pesanan Untuk Wanita


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. 

Disini kme nak berkongsi satu info tentang wanita: 

Dilampirkan 6 pesanan khas untuk kaum Hawa, juga tidak ketinggalan secara umumnya untuk kaum Adam. Sama-sama kita amalkan, insya Allah:-  

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun dan tidak dapat solat, duduklah di atas tikar sembahyang supaya anak-anak tidak lihat si ibu yang diharamkan mendirikan solat dalam tempoh tersebut.

2. Hidupkan bacaan hadith Nabi SAW di rumah dengan keluarga. Dianjur baca hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah  zaman Nabi SAW sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.  

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya sepotong ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan  mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya  Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab-Mu pada hari  ini."  

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar  anak-anak dari kecil bermula dengan  doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi  saw seperti doa tidur, bangun tidur,  makan dan sebagainya.  

5. Hidup sederhana dengan tidak  membebankan suami. Setiap hari malaikat  akan menghantar 500 jambangan bunga  dari syurga untuk wanita yg hidup  sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas  wanita tersebut.  

6. Galak suami untuk bermujahadah atas  Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat  berjemaah di masjid akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri. 

**Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini  bermanfaat. Semoga kita sama2 menghayati info ini...Muzakarahlah bersama teman  wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak  amalkan.  Moga kita diberkati-Nya sokmo, Amin....

Wassalam  


2 comments:

nysAh ngEhz said...

thanks ats peringatan dear..suke sgt :)

Hanami Fernida said...

sme2 kite beringat...heheh