Monday, September 12, 2011

Raya...Raya...

Assalamualaikum... Aku bersyukur, sesungguhnya dah 13 hari kita menyambut Syawal.. Masih teringat tanggal 1 Syawal di mana kami sekeluarga bergerak secara beramai-ramai ke KUBUR insan yang kami sayangi dan cintai... Tahun ni merupakan tahun yang ke-2 kami raya tanpa beliau di sisi... Saat kaki memijak tanah perkuburan, hatiku tiba2 menjadi teramat sayu.. Sangat2 rindu.. Terkilan pon ada jugak sebab sebelum BELIAU pergi, aku tak sempat untuk memohon ampun.. Bila dikenang balik memang rasa menyesal sebab tak berbuat baik dulu.. Tapi, tak guna dah sebab semua nya dah berlalu.. Nak undurkan masa pon dah tak boleh... Ya!! Aku hanya mampu berdoa agar BELIAU ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman...Amiin.. 

Opps.. Terbuka cerita sedih la pulak.. Padahal tadi just nak tunjuk gambar raya je.. Heheh.. Tak pe lah masih belum terlambat aku nak tunjuk gambar kan... 

Kat bawah ni antara gambar yang telah diambil pada tanggal 1 Syawal.. Meh lah tengok sama-sama ya..


Muka koya aku di aidilfitri...hehehe


Nilah gambar kat KUBUR insan yang kami sayang


Rasanya biarlah setakat tu je gambar yang dapat aku kongsikan... Okla... Wassalam..:)





Saturday, August 20, 2011

Assalamualaikum... 

Kadang2 aku pelik. manusia zaman sekarang bila dah berjaya selalu je lupakan ibu bapa... Ada juga golongan yang langsung tidak mengingati Allah... Maksud aku kat sini beliau langsung tidak menunaikan solat.. Mungkin beliau pikir beliau dah terlalu hebat sehinggakan dah langsung lupakan PENCIPTA.. Tak takut ke? 

Ya!! memang kadang2 kita lalai tapi cuba lah untuk berubah.. Ni tak,,bertahun2 tinggalkan solat.. Hati pon dah jadi keras macam batu.. Bukanlah nak kata kita ni baik sangat tapi kita tak lah sampai macam 2.. Macam mana andai satu hari nanti Allah tarik balik segala kelebihan kita 2? Sebelum kena harus lah beringat2 dulu.. Ya.. Kita memang tak boleh nak mengata tentang orang lain takut nanti terkena pada diri sendiri tapi ni hanyalah perkongsian, tak terniat pon nak mgumpat ke mengata ke...

Nasiblah sesapa yang terasakan...huhuhuhu..