Tuesday, March 12, 2013

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum...

Actually hari ni aku memang sangat bosan tahap petala kelapan.. Almaklumlah..Kelas petang ni lecturer aku dengan senang hatinya menukarkan waktu kelas ke hari khamis..So secara automatik nya hari ni aku free sepanjang hari.. Apa lagi, dengan rasa happy yang tak tahu macam mana nak ungkapkan aku pon terbongkang semula atas katil lepas solat Subuh pagi tadi..Kalau ikotkan memang lah tak baik kan tidur lepas Subuh ni tapinya nak buat macam mana kan, aku dikategorikan sebagai awek yang memang kuat tidur..haha..Nasiblah janji aku bahagia dengan diri aku kan..





Jadi, bagi memenuhi masa lapang aku yang teramatlah lapang ni, aku pon menghapdate la blog a.k.a diari perasaan aku ni..Saja je..padahal orang lain memang tak boleh nak baca pon sebab aku private kan..Haha..Aku bukan apa,actually aku tak berapa seronok sangat lah kalau orang tahu apa isi hati aku atau pon masalah jiwa yang aku sedang sembunyikan ni.. (padahal kalau tak nak orang tahu, tak payah hapdate kan..haha) Ala..aku hapdate ni pon sebabnya aku dah kata tadi kan, aku nak memenuhi masa lapang..Alaa..lagipon ni kan awal sem lagi..Memang xde esaimen lagi..Tunggu lah minggu depan, hah!!Baru tau kan betapa banyak nya kerja yang perlu aku setelkan...

Aku sebenarnya nak tahu apa tanda2 yang kita ni dah bosan dalam menjalinkan hubungan dengan seseorang tu..Bukan hubungan antara kawan2 tapi hubungan antara kekasih..Haha..Ceh!!Aku bukan lah bosan tapi kan makin lama aku kenal dengan seseorang tu, makin aku tak kenal dengan perangai dia..Kadang2 aku rasa dia macam lain, kadang2 aku rasa dia lain..Haishh..entahlah..Yang pasti memang kena banyak sabar..Nak2 bagi mereka yang dah pon berkawan lebih 5 tahun..Bukan apa, disebabkan semua cite dah dikongsi, maka nya smapai dah tak tahu apa lagi yang nakdikongsi kan..Lain pulak lah kalau orang yang bercinta selepas nikah tu..Yela bagi mereka yang bercinta selepas nikah tu best sebab time tu lah baru nak berjinak2 dengan cinta ni..Baru nak berkongsi bagai..Seronoknya la kan..

Oklah kan..Aku pon dah macam malas nak menulis...Jadinya, aku nak stop menulis tulis..Pen off!!Wassalam..




Thursday, February 28, 2013

Petua Imam Syafie


Mari Share Petua Imam As Syafie..:)

4 PERKARA UNTUK SIHAT 

Empat perkara menguatkan badan 
1. makan daging 
2. memakai haruman 
3. kerap mandi 
4. berpakaian dari kapas 

Empat perkara melemahkan badan 
1. banyak berkelamin (bersetubuh) 
2. selalu cemas 
3. banyak minum air ketika makan 
4. banyak makan bahan yang masam 

Empat perkara menajamkan mata 
1. duduk mengadap kiblat 
2. bercelak sebelum tidur 
3. memandang yang hijau 
4. berpakaian bersih 

Empat perkara merosakan mata 
1. memandang najis 
2. melihat orang dibunuh 
3. melihat kemaluan 
4. membelakangi kiblat 

Empat perkara menajamkan fikiran 
1. tidak banyak berbual kosong 
2. rajin bersugi (gosok gigi) 
3. bercakap dengan orang soleh 
4. bergaul dengan para ulama 

4 CARA TIDUR 

1. TIDUR PARA NABI 
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi. 

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH 
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam. 

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA 
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan. 

4. TIDUR SYAITAN 
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka..